Tuesday 23 February 2021

PENGORBANAN DEMI CINTA [ME.STORY]

 Assalamualaikum 🌸

 Terkadang merelakan adalah yang terbaik dari mengikatnya tanpa rasa kasih dan sayang dalam hatinya. Keinginan kita untuk bersama dengan dia terlalu dalam sehingga terlupa akan kebahagiaannya. Untuk apa memaksanya  berada disisi kita sekiranya hati dia telah terbang jauh. Kita hanya menghalangnya dari mencari kebahagiaan yang diimpikannya. Sekiranya rasa kasih sayang dan cinta ada dalam hati untuk dia, Kita perlu merelakan dan menerima keputusannya. Ini kerana dia sendiri tahu apa yang dirinya mahu dan apa yang membuatkan dirinya bahagia. Kita tak boleh pentingkan diri. Apa yang dimaksudkan dengan pentingkan diri apabila kita ingin dia ada disisi kita sedangkan dia memaksa dirinya yang pasti tidak membuatkannhya bahagia. Bukankah kebahagiaannya utama untuk kita atau kita hanya mementingkan kebahagiaan kita sahaja ?

Akui lah kesilapan kita dan relakan dia dengan redha. Tuhan telah merancang kisahnya. Dan terimalah, kita hadir dalam hidupnya hanya untuk memberi pengajaran kepadanya. Relakan dia sudah cukup dia menanggung kesedihan dari setiap kesalahan kita. Sudah lama dirinya bbertahan. Berilah kesempatan untuk dirinya menentukan jalan hidupnya, menentukan masa depannya. Mengalahlah demi kebahagiaanya. Kerna cinta itu perlukan pengorbanan. Pengorbanan demi cinta itu indah.

Permandangan dengan cinta itu selalu indah. Tetapi hanya kerana cinta itu indah tidak berarti selamanya bahagia. Cinta selalu memiliki sisi yang berbeza iaitu kesedihan dan kebahagian.


No comments:

Post a Comment

NEW POST !

TIARA ANDINI | PENYANYI YANG SANGAT BERBAKAT DAN MANIS