Thursday 18 June 2020

20 KATA KATA PERPISAHAN UNTUK PASANGAN BERCINTA

Kita semua sudah dicipta berpasang pasangan kerana itu memang lumrah kita sebagai seorang manusia. Jalan cerita hidup kita dicorakkan dengan adanya rasa  kasih sayang, mencintai dan dicintai, kebahagiaan, kesedihan, perpisahan serta kekecewaan. 

Setiap pertemuan tu akan ada perpisahan. Jadi mahu atau tidak kita perlu persiapkan diri kita. Satu saat kita semua akan menemui perpisahan kerana kematiaan juga berarti satu perpisahan bahkan perpisahan untuk selamanya. 

20 KATA KATA PERPISAHAN YANG BOLEH KITA FAHAMI DAN DALAMI.

1. Perpisahan yang paling menyakitkan adalah perpisahan yang tidak pernah terucap, tiba-tiba hilang, tiba-tiba tidak ada khabar berita lalu meninggalkan banyak tanda tanya.

2. Setiap pertemuan akan ada perpisahan, semakin hari semakin ramai yang akan pergi dalam hidup kita, kita kena belajar hidup berdikari jangan berputus asa jika seseorang meninggalkan kita, bergerak melangkah berseorangan kerna pada akhirnya hanya diri kita sendiri yang akan ada dengan kita.

3. Berjanji pada awalnya tidak berubah sama sekali tetapi peangakhirannya berubah juga sehingga berlakunya pergaduhan penuh keegoan dan perpisahan.

4. Maaf andai tiba masanya berpisah, aku tidak merelakan perpisahan itu.

5. Dalam setiap pertemuan mesti ada perpisahan, jadi bersedialah untuk perpisahan yang akan berlaku bila-bila masa sahaja. 

6. Pergaduhan takkan membawa kita ke mana kecuali ke arah perpisahan.

7. Selamat tinggal hanya untuk mereka yang mencintai dengan mata mereka, kerana yang mencintai dengan hati dan jiwa tidak ada yang namanya perpisahan.

8. Jika pertemuan diikuti dengan perpisahan, aku berharap kesedihan akan diikuti dengan kebahagian.

9. Perpisahan itu tak sakit, yang menyakitkan apabila berpisah tetapi dalam hati masih menyinta.

10. Perpisahan mengajar kita jangan mempercayai orang melebihi diri sendiri, kerana tiada orang yang memahami diri kita melainkan diri kita sendiri.

11. Jangan mudah percaya kata cinta yang manis sebab penghujungnya ialah perpisahan.

12. Kelak akan kau temukan bahawa perpisahan hanyalah sebuah jalan untuk kembali dipertemukan diwaktu yang tepat dan di tempat seharusnya.

13. Aku pernah bertanya dalam hati, aku dan dia sedang mempertahankan hubungan atau sedang menunggu hari perpisahan.

14. Perpisahan itu adalah kepastian dan pengkhianatan itu adalah pilihan.

15. Aku bukan tak nak merasa manisnya percintaan, tapi aku tak sanggup nak hadap peritnya perpisahan.

16. Pada akhirnya, perpisahan bukanlah sekadar mengikhlaskan seberapa lama waktu yang kau habiskan bersamanya, tapi juga tentang membiasakan diri untuk hidup dengan tidak lagi menganggap dia ada. 

17. Perpisahan adalah hari dimana kita menyambut hari-hari penuh rindu.

18. Jangan terlalu berharap seorang yang hadir dalam hidup kita akan kekal sampai bila-bila, pertemuan dan perpisahan adalah lumrah.

19. Kita selalu meminta kebebasan dalam perhubungan sampai kita tak sedar kebebasan yang kita minta itu adalah perpisahan.

20. Perpisahan seringkali mengajarkan kita betapa berharganya seseorang itu setelah dia tiada. 

~> MerahJambu


No comments:

Post a Comment

NEW POST !

TIARA ANDINI | PENYANYI YANG SANGAT BERBAKAT DAN MANIS