Thursday 17 June 2021

IMPIAN [ME.STORY]

Assalamualaikum

Dalam hidup semua orang mempunyai impian dan impian tu lah yang akan buat kita untuk terus bertahan untuk mengapainya. Semestinya, sebuah impian akan membuat kita menjadi seorang yang lebih baik dan berguna. 
 
 Impianku hanya untuk mendapatkan cinta sejati sesama manusia. Alasan aku memilih impian ini kerana pada aku dosa yang sering dilakukan bila kita mengenali cinta dan mula bercinta sesama manusia. Semua akan menuju ke arah maksiat jika tidak betul niatnya. 

 Impianku ingin mempunyai pendamping hidup. Ingin mempunyai hubungan yang halal, kerana aku yakin banyak pahala yang aku akan kumpul bila aku melangkah ke arah perkahwinan. Semua benda akan jadi halal. Halal bersentuhan, halal berkasih sayang, halal bercinta dan sebagainya .. Oleh kerana itu, aku nak sangat percepatkan sebuah perkahwinan walau aku berada diusia yang muda .. Kerana aku dengan segera akan mengumpul pahala. 

 Aku ingin setia bersama pasangan hingga ke Jannah. Ingin mempunyai suami dan cahaya mata. Ingin sama2 memperbaiki diri menjadi hamba Allah yang taat dengan dorongan seorang teman hidup. Hanya itu impian yang ingin ku gapai sejak awal.

 Semoga kita semua dapat menggapai impian yang kita impikan.

 Gapailah bintang dilangit walau susah untuk digapai. Hasilnya kita akan mendapatkan keindahan yang tak terduga. 

-love nuriz-

NEW POST !

TIARA ANDINI | PENYANYI YANG SANGAT BERBAKAT DAN MANIS